Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang AFF Suzuki 2010

Heheh...pasti arini ramai nak berkongsi kegembiraan sebab Malaysia menang agregat 4-2 keatas Indonesia malam tadi. Bersemangat aku tengok live ngan hubby sambil melayan Yamin yang sgt aktif.

Ape yang best game malam tadi? 1st half nampak team Indonesia banyak concentrate kat kawasan Malaysia. Memang kamera pun banyak fokus area kawasan Malaysia. Tapi pertahanan plus support dari pemain Malaysis yang lain, Indonesia gagal meraih gol - cheh! sebijik macam pengulas sukan ;-P

2nd half, masa Safee Sali jaring gol, stadium tak bersorak langsung. Macam penyokong Malaysia tak ramai. Eh, Safee Sali ada dalam wikipedia - wa caya sama lu! Tapi Safee Sali kata teringin nak main dalam team Indonesia Club - which is NOT GOOD! Ape yang best ha kat Kelab tuh? Kat Selangor lagi besh waaa....

Okeh...berbalik pada topik asal. Lepas tuh Indonesia berjaya menjaringkan satu gol lagi. Muslim lak jaringkan gol sendirik...hahaha... ada sedikit memalukan tapi tak mengapa sebab Muslim bermain baik malam tuh - mungkin beliau tersalah paham gol tang mana. Keke... dimaafkan... hahaa.

Pape pun game malam tadi mmg best sbb dua-dua pasukan bagi all out. Ada gak visual2 pelakon2 macam Luna Maya dalam banyak2 penyokong Indonesia - who the h#$% she is? Nyebuk!

Sunday, November 21, 2010

One more time

Hi all, lama giler aku tak update blog kan? Sebenarnya aku tak ingat pun aku ada blog :-P Ahahaha...
My update:-

1. Aku da ada baby - 8 months old yang comel. Nama dia Benyamin Zulfadli
2. Berat aku da 55kg, hehehe...sangat la rekod :-P
3. Keje aku cam biase, kena terima jela kan? Ape nak buek...
4. Aku dah dok umah sewa yang besar n luas... Bahagia sbb boleh uruskan rumah walaupun tak berapa kemas :-P
5. Husband n aku selalu gado2 sayang :D
6. Mak abah dah pindah rumah :)

Pasni aku akan sedaya upaya update blog aku, hehe
Chow

Wednesday, February 3, 2010

Korea...

Aku rase macam nak pindah Korea la… keje n tinggal kat sana, leh tak? ;-) Heheh

Tuesday, February 2, 2010

Bonci!

Salam all,

Lama kan aku tak merapuk kat blog aku ni? Aku sangat sebuk… huhu… yup… aku sesangat la sebuk.
Aku masih keje kat SGS, company haprak yang hanya tau buat orang bengang… dan aku makin bengang keje kat sini.
Layan orang cam siot, cam haprak…
1st of all, yang belum tau perkembangan aku, aku da pregnant… 8 bulan. To be exact, this week da masuk minggu ke 34.
Lagi 6 minggu da nak bersalin. Lepas tuh aku akan pantang selama 2 bulan. Pas pantang, aku akan meletakkan jawatan aku sebagai Operation Exec kat SGS ni.
Lama beb aku nak bersabar untuk bertahan kat company ni…mana leh tahan lama2…

Sedutan tahun lepas.
Januari aku masuk department Supply Chain. Bos aku best walaupun dia jenis suka follow up benda closely.
Takpela kan… dia okay overall, banyak tolong aku gitu gini begitu begini… aku malas la nak citer pasal environment bodo kat opis ni. Yang tuh bukan la penting sgt, asalkan kita teruskan idop…
Huhu…
Department yang aku jaga ni mostly jaga project oversea, n aku super user untuk satu database company yang dipanggil IPP.Net.
Tapi aku belum dapat taraf permastautin ‘tetap’, masih pekerja contract. Gaji pun ciput jerk, kalau nak banding gaji yang aku dapat kat TranskonUnispan, memang langit dan bumi.

Masuk July, episode kegeraman aku bermula. Ada sorang mamat ni, muda dari aku… dia dinaikkan pangkat sebagai Acting Operation Manager untuk 2 department iaitu Supply Chain dan Statutory.
Selama ni, aku ngan bos lama aku je in-charge dalam department aku. Kira aku agak handal la gak :-P
Bos lama aku dipindahkan buat marketing. Selama perlahan2 dia tak in-charge kat department aku, walaupun dia sangat familiar ngan hal2 kat department aku.
Aku tak suka sangat bos baru aku. Nama je dia Acting Operation Manager untuk 2 department, tapi dia tak jaga sangat department Supply Chain iaitu department aku.
Yela…kekadang ade decision yang kita tak le buat sendiri, kena refer kat manager. Bila aku cakap, pikiran dia cam ke lain… tu yang aku tak suka tuh…
Memula aku memberontak gak… pastu dia panggil untuk satu meeting.
Dinamakan operational meeting. Konon dia panggil sumer inspector + aku and also coordinator department Statutory.

Meeting tuh tak silap dia buat sebelum puasa, tak ingat la exact date. Da la buat hari Sabtu, mana kitaorang keje…aku lak da plan nak balik kampong aritu…
Masa dalam meeting tuh, yang kononnya makanan disediakan, tak ramai datang. Inspector yang datang tak sampai 10 orang. Inspector department aku berpakat ngan aku, suruh cover dorang.
Hahaha… takpela, aku tau meeting tuh Cuma nak merapuk je…
Rupa2nya, bos baru aku tau yang kitaorang ni tak suka dia jadi ‘Act”, tapi dia highlight kata ape yang dia ade sekarang adalah berkat keje dengan ikhlas.
Siot je dengar, dia tak tau yang dia tuh kaki kipas…wawawa…cam siot je. Kalau kipas biase takpe, ini dak…kipas aircond ok???

Ujung tahun lepas, ade sket malas2 orang nak buat keje…hehehe…tol tak? Kebetulan, bos baru aku nak kawin. Kitaorang tgk cam dia da sampai ke-bulan.
Bila kita cakap, lagi la dia pikiran cam ke-lain. Memang geram. Bulan 12 ni gak la accessment untuk kenaikan gaji tahun 2010, kena dibuat.
Kalau tak silap aku, procedure accessment ni, manager kena panggil staff yang nak kena access tuh…
Aku tunggu gak sbb department lain siap da buat da accessment. Statutory pun da buat, itupun yang buat tuh bos dia lagi satu.

Satu hari, boa baru aku handover semua accessment form kat aku. Aku ingatkan boring kosong, rupanya da berisi, Cuma nak kena sign je…wahaha…
Da la dia bagi kat aku sumer orang punyer accessment, terang2 aku leh tengok orang lain nyer accessment…tapi aku takde la tengok, sbb itu soal tanggungjwb, ye tak?
Bila aku bagi kat budak inspector aku, dorang pun tengok sesame dorang nyer accessment. Wawawa…sumernyer copy and paste…
Even head inspector pun dapat teruk…

Bebudak ni siap da nak buat undi tak percaya da…cam parti politik lak.
Ujung bulan 12, dorang sumer dapat bonus kecuali aku…sebab aku kan contract…tapi nape tahun 2009 aku dapat bonus???
Sape nak jawab tuh??? Aku ni malas nak citer tapi banyak benda tak betul depan mata aku…aku bengang…

Semalam kemuncak kemarahan aku. Pasal figure dalam satu report. Figure tuh provided by bos baru aku tuh la…da la tuh, figure tuh salah.
Aku memang tak leh check sbb figure tuh datang dari project yang dia handle. Then, bulat2 depan mata aku, dia salahkan aku depan big boss aku.
Cam siot okeh??? Aku memang tak le nak menegakkan kebenaran sbb aku tau dia anak emas boss…
Aku agak sedih ni…nasib baik la kawan-kawan aku yang 7 orang ni menyebelahi aku. Asalkan dorang tau sape btol da cukup.

Tapi aku da nekad, pas je pantang, aku akan berenti. Bukan satu tempat je yang bole bagi aku makan…aku leh survive la kalau keje tempat lain…
Keje ngan melayu ni macam siot…sorila korang…ni pengalaman aku sendiri. Dulu keje ngan cina, pape hal dorang bincang baik2. Diorang akan ajar kita dulu, baru la kita kena marah…
Keje ngan melayu, sumer dia suruh kita buat tapi taknak ajar dulu…buta2 dia bagi kat kita…bila da salah, sumer tunding jari kat kita.
Masa kita Tanya, sumer buat bodo….benci tol!