Thursday, September 3, 2009

Wor...worry...WORRIED

Hmmm... banyak benda buzzing around me lately. Arini lagi banyak yang membuatkan aku tak sedap ati...

1. My carrier - acting bos aku sekarang tak best. Sangat ego and giler pangkat. It's hurt me a lot. N menyusahkan gak.... nak nama, kerja takmo. Really stress... Aku akan resign tak lama lagi...Huhu...

2. My ex - Yeah...dia tak try to contact me and it's great. Tapi he keep pop up in front of my family members. And I really hated to know about him. The latest he meet my brother in Bazaar Ramadan somewhere at Section 7. Bukak kedai jual kuih raya... n he's not married yet. So what? He has new gf kat Shah Alam...and he's staying here for her. I dont want to know any demn of him. I stress my words to my family. They know what he's done to me and they still like him. Yucks...disgusting...who cares about him. But when I heard about him, rase macam dulu lagi. Kira cam hati tak sedap. Normal ek? I love my husband alots but knowing about him very annoying...Macam nak berdiri depan dia n tunjuk that i can live better without him. Benci tau!

3. My thyriod - Yang ni pun satu. It's getting worst and I need to take more pils to recover which is I dont know when. My baby still small and I'm praying that he/she will be alright and healthy....pls God!

Wednesday, August 12, 2009

2 Hari Lagi...

Lagi 2 hari besday aku...
Cam takde perasaan :-( Sedey

Tuesday, August 11, 2009

UPM...I miss you! ---------> Part 2

Hehe... malam semalam aku sembang ngan hubby aku. Aku sembang yang aku rindu sangat kat UPM. Dia da dapat target yang msti aku nak cakap pasal lelaki berbaju blue black tuh. Memang dia pekak kan telinga. Pulak time tuh hubby cam pening. Seronok gak bila boleh gelak2 ngan dia selalu...

Aku happy ngan hidup aku skrg. Hubby aku sayang kat aku... Kekadang je aku geram kat dia sebab takde masa utk aku. Bila da gelak2 sakan tuh, aku terus lupa kegeraman aku tuh.

Oh lupa plak...malam tadi tetibe aku teringat pasal someting yang aku rindu masa aku kat UPM.
Yes...jalan kaki g Padang. Padang tuh kat Seri Serdang. Memang makanan yang dijual kat sana banyak pilihan. Siang malam ramai student makan kat situ. Biasenya kalau aku g sorang, aku akan tapau lauk je. Segan la...nanti ade orang ngorat :-P Kat tepi Padang tuh ade kedai VCD Cetak Rompak. Hahaha...Kantoi! Aku suka tengok citer...cuma skrg aku tak beli da yang cetak2 rompak ni. Tak baik mak aku pesan...hehe... Kalau dulu VCD tuh RM 5 je sekeping. Sekarang tambah singgit da bole beli DVD, ye kan? <---- macam tau2 je :-P Hahaha

Start Sem 6, aku da ada transport nak g Pasar Seri Serdang. Masa tuh Yan (roomate) aku yang bawak aku naik moto. Minah tuh memang minah rempit. Kat pasar tuh takde pape pun. Cuma nak jalan2...tengok2... Makanan yang aku selalu beli pun laksa...tak pun char kuey teow...satay pun 10 batang je beli. Pasar tuh sesuai untuk orang yang da kawen sbb banyak jual sayur fresh. Tak tau nape aku rindu kat pasar tuh...Huh!

Lastly, aku rindu nak minum Air Buah Gelas Besar kat Seri Serdang. Tak tau la ade lagi ke tak? Huhu... Rindu la... Kalau aku apply keje kat UPM macamana? :-P Keke

Monday, August 10, 2009

UPM...I miss you!

Semalam, aku beli Berita Harian. Ada 4 muka surat tentang UPM n sekitar konvokesyen baru-baru ni.

Oh...what can I say? I really miss UPM...kenapa? Sebenarnya aku tak rindu orang-orang tertentu atau memori-memori yang tak sepatutnya... Si "D" tuh? Huh...da lama aku lupakan dia. Susah... Tapi sebenarnya lbh senang lupakan orang yang tak menghargai kita.

Paling aku ingat, masa mula2 aku masuk Kolej 14, ada sorang bro tuh...Hensem giler. Nampak karisma dia... Ingat lagi dia pakai baju kemeja dark blue aritu. Dengan pegang mikrophone, dia suruh kitaorang berbaris untuk daftar. Aku masih ingat baju yang aku pakai. Kebarung merah dan putih...memang aku agak kekampungan masa tuh :-P Masa tuh yang anta mak, abg ann n famili. Bila aku tau bilik aku kat tingkat 5, memang semput naik atas. Lama2 biase dah.

Manisnya, aku suka berebut bas. Aku pakar aim tang mana pintu bas nak berenti. Confirm berenti depan aku. Tak penah miss target lah! Haha... Cuma kekadang aku ada mood nak jalan. Penah aku jalan kaki dari Kolej 14 sampai Seri Serdang sorang2! Dulu memang aku tahan lasak n kuat bersabar...hehe...penah kena ujan...Well, aku sampai sekarang tak suka berpayung. Dan heran, aku tak penah pulak demam waktu dulu. Maybe hormon seimbang masa tuh kot :-P haha...

Makanan paling sedap masa semester 1-4, kat belakang pusat komputer. Paling aku suka makan, nasi ayam. Ayam dia da la garing... manis, masam, masin memang cukup rasa lah! Murah lak tuh. Harga paling tinggi penah dorang mark up pun RM 2.80. Bila naik sem 5, dorang tutup. Memang sedey giler :-( Sebab aku memang suka makan kat situ. Kalau petang, mostly aku order kat Cafe Kolej 14. Aku suka Nasi Air...Nasi yang dimakan ngan sup, ade ikan bilis, lobak asin, cili n few benda lain sebagai pelengkap rase. Sedap hingga menjilat jari... Sekarang aku cerita pun da terliur sket. Hehe....

Lagi tempat yang aku suka makan dekat tepi Kolej 14. Jalan kaki dalam 10 minit je. MTDC kalau tak silap nama dia. Kalau aku g sana, aku akan g cuma Hari Khamis sebab Hari Khamis dorang masak sup cendawan. Ambik banyak pun baru RM 4. Kira murah lagi lah tuh. Air aku selalu bawak sendiri dalam botol air mineral tuh. Jadi aku tak penah risau pasal air. Hehe...

Kekadang, aku akan makan ngan Tengku Faedzah. My best fren ever! Kitaorang suka tapau kat KTDI. Lauk kat situ memang banyak... So kalau g sana pun aku akan ambik lauk yang banyak. Tapau pastu makan kat Kolej ke-6, bilik Tengku Faedzah. Kalau kelas lambat, siap bole tido lagi kat bilik dia. Bilik dia sejuk, tak macam bilik aku yang panas. Da la tingkat paling tinggi, takde pokok keliling lak tuh...malam pun jarang rase sejuk.

The good thing is, aku bukan kaki lepak kat library. Aku bukan gak orang giler study. Tapi aku solute diri sendiri yang mampu survive lepas aku hampir GB. Yes, gagal diberhentikan. Aku survive walau masa tuh da nyawa2 ikan. Silap aku gak. Aku ambik subjek susah sebab nak abis awal. Last2 aku kena extend satu lagi sem gak....

Yang lain, memang takde banyak untuk diceritakan. Bercinta kat kampus memang adalah satu kerugian sbb tak kemana pun. Apepun, aku pun da buat yang terbaik pada masa tuh. Paling aku rindu, hehe...kereta kancil putih kepunyaan senior yang pakai baju blue black tuh :-P Sangat rindu sampai sekarang. Hehe...

Yeah...semoga berbahagia semua hendak nya :-P keke

Wednesday, August 5, 2009

Kekeciwaan

Aku ni mayb takde luck untuk sambut besday aku sendirik. Da 2 tahun aku tak selebet besday aku, dan mungkin tahun ni pun sama. Sebab ape tau...! Sebab aku lahir tengah bulan. 14hb Ogos...Minggu depan... Bila tengah bulan, orang semua takde duit. Kalau ade pun ngam2 utk sampai ujung bulan...

Dulu masa ngan ex-bf aku lagi la tak berguna. Keluar makan + tengok wayang, tapi aku yang bayar. Susah sangat agaknya permintaan aku ni. Tak mintak pun candle light dinner...atau makan kat Restoran Berpusing Menara KL (aku da penah try...bukan sedap mana pun). Huhu...

Pasal hadiah pun, aku takmo pun yang ribu2. Yang penting benda yang aku tak expect aku akan dapat...

Hmmm...nampak nya, tahun ni kena pendam perasaan lagi lah!

Tuesday, July 28, 2009

Susah Ker Nak Jadi Orang Baik?

Aku bengang betul ngan bebudak Admin kat opis aku. Kekadang aku ade sedikit rase yang dorang ni takde otak. Tak fikir masa nak cakap. Lebih teruk tak fikir perasaan 'mangsa' tuh.

Yang selalu kena, L (bukan nama sebenar), tapi memang terlalu banyak kalau nak diceritakan disini. Aku lak, penah gak kena tapi aku bo-layan je. Buatpe pening kat orang2 yang tak sepatutnya ni kan?

Terbaru, dorang cakap something kat Kak C (Bukan nama sebenar). Kak C ni mengandung. Baru je 3 bulan. Bila dia inform HR (HR ni kira orang admin gak la), bole dia kata "So Fast!". Da 2 tahun da dia tak pregnant tau! Bole kena perli lagi.

Arini, admin tuh macam sebulat suara mengenakan Kak C. Dorang cakap:

Admin : Da berapa bulan Kak C?
Kak C : 3 bulan...
Seorang dari Admin : Ala... saya ni 3 bulan pun penah gugur.

See?? Nape dia cakap camtu? Kenapa??? Niat dia apa? Tak baik sangat. Cam mendoakan Kak C tuh gugur.

Susah sangat ke nak jadi baik? Susah sangat ke berpikiran positif? Kalau susah, ramai sangat manusia yang jahat kat bumi ni. Aku da tak tahan lagi... Ini lah sekumpulan manusia yang paling teruk dalam dunia. Aku belum bagitau aku pregnant lagi, kalau aku bagitau camne?

GERAM Sesangat!!!

Tuesday, July 21, 2009

Lapor...

Wah...cepat betul aku lapo skrg. Lepas makan satu, rase lapor lagi. Tapi baby macam bahagia je makan dalam perut. Mentang2 aku belum mabuk2 lagi...Huhu...

Aku belum bagitau HR aku yang aku pregnant lagi. Sebab HR aku tuh suka sgt kecoh2. Kalau kecoh yang bagus takpela...masalahnya kecoh yang tak baik. Aku takut akan menganggu emosi aku n baby nanti. Cuma head HR tuh da dapat agak kot n dia tak berani nak tanya sendiri kat aku.

Apepun aku belum lagi nak mengaku kat depan dia dan katela kalau dia tanya, aku takkan menafikannya :-) Yela...itu kan anak aku, so what?

Sunday, July 19, 2009

Thank you, ALLAH

Lately aku selalu sakit perut. Sakit macam sengugut nak period. Pulak tuh sakit tuh chori chori chupke chupke... Huhu... "Bagi salam pastu balik".

Macam biasa, mak aku la jd mangsa amik "upah" jadi tukang urut. Dan best-nya, aku membuang angin dengan bahagia lepas tuh. Kendian penyakit tuh datang balik... Nape ek?

Sabtu tuh, aku g Chow Kit untuk amik katalog kuih. Biase la....nak cari duit raya sket. Malangnya, katalog tak siap lagi... Pastu, aku lepak kat Jalan TAR lak. Ramai betul manusia....Macam semua nak shopping raya. Aku jeles lak sebab aku mayb takde baju raya lagi tahun ni :-( Hubby aku tak bagi 'green light' lagi...UWaaaa.... Sangat menyeksakan...

Lama2 jalan kat situ cam boring lak... Aku terus g Petaling Street. Kat situ pun boring gak...takde DVD baru... Dan aku balik lah... Esok nak buat makan2 untuk mak. Jumaat malam, aku and hubby da siap 100 pcs aiskrim berperisa asam boi. Dan lepas tuh tangan hubby macam melecet. Dia cakap 'cekam kuku'. Layan jek. Papepun malam Sabtu tuh nak kena siapkan 2 perisa lagi....Milo n Sirap...

Sampai kat umah, mak aku da ade kat umah. Lupa lak nak cakap yang dia rewang pagi tuh. Masa tuh perut aku makin sakit. Cepat2 aku mintak mak tolong urut. Dia kata ntah2 aku pregnant tak...PREGNANT?? Wawi...hehe...

Bangun pagi Ahad, pinggang aku sakit lagi. Aku terus amik pregnancy test n alhamdulillah...aku PREGNANT :-) Best kan? :-P

Wednesday, July 15, 2009

Risau yang biase...

Da nak puasa bulan depan. Macam biase, aku kena jual kuih raya... Penat giler! Tahun ni, aku cuba jual kuih2, kacang2, asam2 n kerepek2. Ada sedikit kerisauan sebab most supplier aku tahun lepas banyak yang tak bole jadi supplier tahun ni. Ada yang nak bersalin, ada yang sakit...banyak la...

Attailah yang kerja JKR pun malas nak naik2 tangga... Dia da pregnant, tengah mabuk2 la tuh... Pulak Kak Limah da sebuk2 suruh aku jualkan kek2 dia. Sian lak... kek2 dia pun sedap, cuma takut tahun ni org target kacang2 n asam2.

So semalam aku tebalkan muka sms kawan2 aku. Aku sebenarnya segan nak mintak dorang jualkan utk aku sebab macam menyusahkan dorang. Tapi nak taknak, aku kenala pasang "kaki", ye tak? Lagipun bukan sepanjang tahun pun! Huhu...

Dan Abg Dol, Nah, Ewa, Hafsah da setuju nak jualkan. Yang bagusnya takyah kuar modal melainkan air liur nak promosi tuh... Faedz da suruh aku letak kat kedai dia... A bit lega la... Hubby aku lak nak tumpu pada jualan asam n kacang2. Harap tahun ni berjaya lah! Doakan aku ye??

Tuesday, July 14, 2009

Sabar nih!

Sejak kebelakangan ni, banyak betul benda yang buat aku tensen!
Bengang btol!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 7, 2009

Tengoklah nanti....!

Aku bengang btol ngan Division Manager aku nih. Selalu buat kenyataan untuk menjatuhkan moral orang. Kalau marah, menjerit macam orang tuh pekak. Tapi aku tak penah la kena marah sampai tahap camtu lagi.



Masa memula aku masuk dulu, dia asek persoalkan keje aku kat HR. Siap ble kata betul ke aku ni bagus??? Aku perasan memula tuh pun dia tak suka aku, tapi aku buat bodo jela...



Pastu lama2 bila aku tayang skill aku, dia cam da ok la ngan aku.



Pagi tadi dia dtg tempat aku marah2. Dia cakap aku lupa nak allocate cost g branch kat Penang. Memang nak rush masa buat invoice tuh. Dan-dan lak time tuh closing...menyirap la aku... semua benda nak cepat. Tengok2 aku lupa nak allocate. GM bising2 kat dia dan dia marah aku tadi. Nak tau dia cakap ape?



"Benda kecik pun tak bole buat. Bos tengok pun rase camtu. Camne nak confirm? Nak naik gaji???"


Aik.... dia ingat aku heran sgt ke duit dia? Naik gaji konon...Berapa? Takat 2-3 ratus tak main la...Company lain bole offer rm 600.00 extra dari gaji sekarang... Ntah pape. Benda kecik tuh la yang dia nampak. Abes yang aku settle duit juta2 tuh takde plak dia pikir...Yang tuh taknak lak nak kira....


Tengok lah nanti...Ingat aku heran ke nak keje ngan dia? Da la aku super-user banyak sistem dalam company ni. Aku akan pastikan dia akan berputih mata pasni...huh! Stupppsssssssssss!

Monday, July 6, 2009

Bad Day for my Mom

Hye...

Semalam aku MC Malas...haha... bole ke? Memang aku sakit. Badan aku sakit2 sebab da 2 hari berjalan tanpa henti :-P Sabtu, aku g umah akak ipar aku kat Sabak Bernam. Anak sedara aku cukur jambul. Aku da plan nak g since dia jemput 2 weeks ago. Mak aku lak beria-ia nak g. Abah aku memang susah nak diajak berjalan, tetibe dia nak ikut lak.

Kitaorang bertolak pukul 4 petang. Majlis mula lepas maghrib katanya. Mak aku ajak singgah sembahyang kat Kapar. Surau tuh terletak bertentangan dengan KFC.

Masa amek wudhu', mak letak handbag dia kat belakang dia. Betul2 tak jauh. Kira dua tapak jela. Aku lak, letak handbag aku kat paip sebelah aku. Masa aku basuh kaki, aku nampak mak aku cam panik. Cepat2 aku sarung tudung dan lari kearah mak aku. Ya Allah...handbag mak aku ilang!!!! Aku terus panggil Zul (my hubby) dan sama2 cari keliling surau.

Tak jumpa!!! Da la tudung mak kena angkut sekali. Muka mak aku da merah sangat. Muka takut! Aku suruh mak bagi tau abah. dia cuma cakap:-

"Mak takut abah marah mak...dalam tuh banyak barang dia"

Huhu...sedih tau! Aku terus g kedai baju sebelah KFC n beli tudung mak. Waktu kecemasan ni, beli ape yang ade jelah!

Kitaorang g balai polis nak buat report. Abah bising2 kat mak. Sian mak.... Abah aku tuh bole tahan gak berleternya...Huhu...

Sesampai kat balai polis, baru aku tau banyak gak barang + duit yang ilang iaitu :-

1. Duit cash sebanyak RM 2500.00

2. Duit syiling dalam RM 50.00

3. Duit RM 200.00 untuk duit raya budak2.

4. IC mak n abah

5. Buku bank abah + kad ATM + no pin

6. Lesen abah

7. Telekung + Stokin + Seluar dalam mak.

Sempat aku block kad abah pastu. Sedih gak. Kenapa la kat masjid ada pencuri camtu.

Aku doakan dia pulangkan barang2 mak aku....Kalau tak...siaplah kau!

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson (1967 - 2009)

Dunia dikejutkan dengan berita perginya seorang raja pop terkenal dunia iaitu Michael Jackson pagi ini disebuah hospital Los Angeles. Justeru, pemergiannya ditangisi jutaan peminat diseluruh dunia termasuk aku di Malaysia.

Lagu2 mendiang/almarhum berkumandang diradio sepanjang hari bagi mengingati pemergian penyanyi yang disayangi. Meremang bulu roma aku bila mendengarnya seperti aku mendengar lagu yang dinyanyi oleh hantu...Huhu...maafkan aku...

Ape2 pun, aku menunggu adakah mendiang/almarhum akan dikebumikan dengan cara Kristian atau Islam kerana khabarnya beliau telah memeluk agama Islam... Akan kutunggu...

Jika beliau beragama Islam marilah kita sama2 mensedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya aman. Amin....

Friday, June 19, 2009

Transformer : Revenge of the Fallen


Tak sabar nak tunggu 24th June ni. Kalau awal bulan tuh, aku tertunggu2 17 Again dan Hannah Montana the Movie, bulan ni satu lagi action + science fiction akan mengegearkan panggung.
Dan pastinya aku akan beli tiket awal2 untuk screening pada 24th June ni. Aku harap apa yang akan datang adalah seperti yang diharapkan. Yeah...Ya rock!!

Thursday, June 18, 2009

Tips Menghilangkan Kebosanan, Kesedihan & Kebengangan

1. Dengar lagu yang korang suka kuat2. Kalau perlu nyanyi kuat2 dan kalau korang perasan suara korang suam2 kuku, nyanyi kuat2 dalam jamban...mesti orang ingat korang meneran...haha...

2. Makan.... Orang kata makanan yang tidak mengemukkan adalah makanan yang kita makan masa tensen... Tapi jangan sebab korang ade Ten-Sen (10 cent), korang makanan! Mau kena halau ngan tuan punya kedai. Takpun kena suruh basuh pinggan kat belakang...Huhu..sadis2...

3. G shopping... Paling besh tensen, sedih or bosan time baru dapat gaji. Beli la ape yang korang da lama mengidam. Yang besh tuh, dapat beli benda diidamkan oleh orang yang buat korang bosan tuh nak. Bahagia I tell u!

4. Angkat tepon... call kawan ajak sembang. Selalu aku call hubby aku...Kekadang 2 minit pun bole ilang bosan tau!

5. Masak...Haa....bagi yang tak pandai masak tuh, masak megi. Pastu tambah la kicap ke, cili ke...dimakan dengan kari kepala ikan. Pasti lazat....

6. Tido... Da takde mende nak buat kan? Tido jela....

Wednesday, June 17, 2009

BULLIED

Oh...Arini aku rase macam dibuli je :-( Bengang ni...Rase tangan ni nak lempang orang je!

Aku ade hal nak settle arini so aku plan nak amik half day la. Masalahnya aku takde annual leave pun...kalau nak cuti tolak gaji. Hampeh... Company ni memang b*d* sket. Selalu contract/probation 3 bulan. Paling lama 6 bulan la...tapi company lanun ni, dari aku percubaan 3 bulan, tambah lagi 3 bulan...tetibe tambah lagi jadi setahun...

Gaji tambah lak...kebajikan pekerja taknak jaga. Padahal aku pegang super-user beberapa software kat company ni yang kalau nak superb, attend training. Bagi aku responsibilities itula, inilah! Aku rase nak berenti keje je... Pastu sebelum aku usung semua barang2 aku, aku nak lempang semua lanun2 yang ade. Kalau staff yg teraniaya cam aku gak, usap2 kepala dorang...Huh...

Dan arini, aku tak bole la cuti...bukan sebab aku takut gaji kena tolak, tapi aku taknak gaji aku free2 je dibagi kat lanun2 nih...Aku kena buli! Tunggu la bila mulut aku masin nanti...aku sumpah lanun2 tersebut jadi lesung batu...Hampeh lo!

Tuesday, June 16, 2009

Manjalara Musim ke-2...Takde Ke???

Bila Matahari abes last week, banyak part2 tergantung...kenapa tetibe Adi Putra muncul? Selama 5 saat lak tuh? Kenapa..kenapa??? Dan kenapa? Sad ending. Tu la...kalau bercinta, tak semestinya bersama... kekadang kita sayang orang tuh... dan biarlah orang tuh bahagia dengan orang lain. Cheh...cam ade pengalaman :-P Dan aku bukan la nak citer pasal tuh...nak citer pasal citer Manjalara... Gezet kat TV memang la citer yang lama...Yang pasti, bukan aku je mengharap ade sambungan citer tuh, malah bebudak opis ni balik awal Senin lepas semata2 nak tengok Manjalara...



Kat umah lak, mak aku masak awal2...Kak Aishah sanggup tak kuar jalan2 nak tengok citer tuh...

Ada gak persoalan, ni Manjalara Musim 1 ke Musim 2. Setahu aku lah, TV3 selalu citer yang manthop2 area kol 6.30pm. Mata tertumpu kat TV....dan...dan...dan....GOL!!!! Hahah....Manjalara Musim 1. Memang takde ati da nak tengok...

Nape takde Manjalara Musim 2? Adakah penulis skrip takde idea atau pengarah da lupa sepatutnya kena ade Manjalara Musim 2?

Well, aku mengharapkan cerita Musim 2 paling besh. Tetibe mak Manja idop lagi ke? Lupa ingatan dan dijaga ngan orang asli...Erm... yang lebihnya pikirla sendiri sebab kalau aku yang tulih citer tuh, baek aku jadi penulis skrip je kan? Hahah...

Semestinya, aku mewakili warga Malaysia yang tak sabar nak menonton Manjalara Musim 2.
Caiyok semua!!!

Uhuhu...

Semalam aku hangin pada sesuatu tapi tak bole disebutkan disini...uhuhu...

Rase nak MC penat arini yang mungkin takkan dapat... Uhuhu

Sunday, June 14, 2009

Crush lepas Kawen

Wah...sangat suspen tajuk diatas ;) Aku ade cerita yang nak dikongsi ngan korang...

Ada seorang bro tuh, dia tanya aku satu soalan... Soalan tuh sangat suspens gak! Dia tanya, lepas kawen, aku ade tak crush ngan orang. Keke...Amacam? Suspens ke tak suspens? Macam senang je nak jawab soalan tuh kan? Tapi bole ke korang jawab sejujur2nya?

Bagi aku, aku kawen tak sampai pun setahun. So I cannot say anything sebab kat opis ni takde lelaki2 hensem. Yang ade cuma lelaki2 yang boroi je... Kaka... Pastu...bila weekend kuar jalan2, tak mungkin aku suka kat lelaki dengan sekilas pandang je kan? My hubby lak, aku rase da cukup baik untuk aku...

Persoalannya, ok ke tak crush ngan orang lain selepas kawen? Aku ade buat survey dan ramai mengatakan ia adalah NORMAL! Yeah... kenapa? Bukan korang tak penah crush ngan orang sebelum kawin kan? Tapi tak semestinya korang crush, then korang ngorat sampai dapat ye tak? Pendapat aku, it's normal! Sangat2 normal... Just jangan gatal2 n miang2 nak mengatal ngan orang yang korang crush me... Trust me...It's a waste!

Thursday, June 11, 2009

Yang Sudah Tuh Sudah Lah!

Benda yang aku paling tak suka adalah mengungkit masa lepas. Aku malas dan malas dan malas lagi. Dan aku malas nak citer ape yang berlaku, tapi kalau aku tak citer korang tak paham pulaks. Uhuhu... Malas tahap baboon da ni!

Semalam aku dapat request kat YM. Takyah la aku sebutkan nama kat sini, tapi terkujat gak aku dapat request dari dia. Sejarah lampau mengajar aku untuk lebih berhati2 :-P Hahah... Ok, nape aku terkejut giler khinzir bila dia nak add aku? Well, aku tak pernah bercakap ngan dia for the past few years ago. Kenape? Suka aku lah...hahahhaa... Tak la...sebab beliau suami org yang isterinya tak suka aku kawan ngan dia. Wife dia siap call aku warning lagi.

Yeah yeah...bukan salah dia. Apepun aku tak mengharap pun dia datang balik dalam kehidupan aku... Lantak lah...nak tergolek ke nak patah ke, definately not my problem!

Dan aku puas ati sebab aku da decline da invitation dia.

Mayb dia tak perasan pun dia anta invitation kat aku, dan who knows kan?

:-P

Tuesday, June 9, 2009

Ketinggalan Zaman

Olla! Lama ek tak online... Aku tak tau lak yang kat kompeni aku leh bukak blogspot, wakaka...
1st, belum ade berita baik utk dikongsi ngan korang. Idop cam biase. Work? Tak besh...cam tak ikhlas okeh aku keje :-P Life better... Biase la da berdua, semua sentiasa best.

Mulai hari nih, aku akan cuba meng-update sekerap yang boleh! Yakin buleh ok???