Monday, December 8, 2008

Majlis Gedangsa dated 6/12/2008

Jumaat - 5/12/2008

Perjalanan ke Melawati membuat aku mengantuk. Dengan jammed sepanjang jalan + cuaca mendung dan hujan + bateri hp yang kong...Argh...sangat busan. Alhamdulillah aku sampai ke Melawati da dekat kol 3. Rumah yang aku g tuh sangat besar. Banglo 2 tingkat dan ada laman yang luas. Aku bagi salam dan dengar suara budak kecik menjawab didalam. Sorang perempuan anggaran umur 40-an menyambut dan menjemput aku masuk. Best betul aku tengok umah tuh. Sangat kemas...

Budak kecik tuh namanya Amirul. Dan sangat cute. But he not that friendly dengan aku. Mayb segan kot. Hehehe...Sambil nyusun telur pindang atas meja, aku sembang2 ngan akak tuh. Well, namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.

Akak tu: Siapa yang kawin ni?
Aku: Saya la yang kawin...
Akak tu: Muda2 lagi da kawin?
Aku: Saya ni da 26 da kak, mana mungkin muda. Hehe...
Akak tu: Laaaa.. ye ke? Ingat 20 tahun.
Aku: Hehehe...

Tak lama tuh, suami dia turun. Nampak gayanya cam nak keluar. Dia bawak anak + budak nama Amirul tuh kuar. Then ade sorang lelaki nampak cam 23-24 tahun turun. Dia tanya:

Budak tu: Mak, ni nak tolong angkat ke? (tunjuk kat telur pindang tuh)
Akak tu: Takpe... ni dia da amik sendiri.
Budak tu: Ok... Amirul mana?
Akak tu: Ikut abah kuar.

Budak tuh terus kuar. Akak tuh bisik ngan aku yang itu bapak Amirul. Cam heran. Pastu dia kata la. Budak tuh umur sebaya aku. Serius aku ingat dia muda sebab memang muda ok??? Kawin muda. Tapi da cerai. Erm...as always la kan? Tak cukup enjoy la tuh. Another story of other's life.

Lepas bayar, aku pun balik umah. Jalan masih jammed. Sampai umah dalam kol 5.30pm. Aku cepat2 mandi n settlekan bunga telur. Malam ni nak gosok baju n kemas2 plak. Zul tak dapat balik awal sebab tak pasang lagi sign board kat area umah dia. Ujan kat sana. Takpela pun.

Zul balik dalam pukul 8pm. Sian gak tengok dia. Malam tuh kitaorang tido awal. Kunci jam kol 4.30am. Nak gerak g Kajang pukul 5.30am.


Sabtu - 6/12/2008

Bangun kol 4.30am. Siap2 dan terus g Kajang. Aku nak makeup ngan makeup artist Finas. Finas ni sangat helpful tau. Dia bangun seawal kol 6am nak bagi kitaorang direction. BTW, Zul pun selalu g Kajang, tak susah sangat nak cari umah dia. Settle makeup dalam 8.30am. Balik umah dan bertolak dengan 2 kereta yang lain. Sampai Rawang tunggu Napie + Kak Nya. 5 kereta semuanya. Cuaca tak cantik sangat + mendung. Sangat risau sebab aku nak shoot tercantik utk Napie. Hehe...

Majlis Gedangsa agak kelam kabut. Plus makcik2 yang tak puas ati sebab kitaorang "kononnya" datang lambat, malas nak komen pape.

Aku + Zul terus keluar amik gambar. Cuma bagitau kat mak mertua aku je. Kalau bagitau semua mau kecoh majlis tuh. Shoot pun boleh tahan cantik cuma cuaca tak cantik. Last shoot sangat tragic sebab amik dengan air ujan da start menitik ke muka. Hehe... Nanti la aku upload bagi korang tengok... Tungguuuuuuuuuuuuuu

Balik dari majlis tuh, ada gak yang kenen2. Tapi Zul da pesan buat donno je. Keke... Lepas2 kemas2 + cuci2 pinggan, kitaorang tido dengan jayanya :)

Thursday, December 4, 2008

Half the day :)

Kekeke... ari ni aku amik half day. Nak settle hal esok la... Oh ye, kalau yang belum tau, esok adalah kenduri kat umah Zul @ Gedangsa. Katne Gedangsa tuh? Aiya... kat Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Banyak benda yang nak dibuat arini. Aku nak g Taman Melawati amik telur pindang. Yeah... akhirnya dapat gak aku cari supplier telur pindang tuh. sedap ke tak, tak tau lah. Petang ni aku rase :-P Lepas tuh aku nak bertungkus lumus memasukkan telur2 tersebut dalam bunga telur. Esok nak bawak Gedangsa.

Paling tak sabar, aku nak amik gambar outdoor kat Proton City + area sana. Tak sabar nak berposing lagi. Ari ni Zul da start cuti. Heheh...aku siap mintak dia carikan sampan + motor vespa lagi. Mana nak cari tu? Hahaha...not my problem :-P yang penting aku nak berposing sakan esok. Doakan cuaca cerah ha?

Ahad, mayb kemas2 jela. Ari senin, nak g Sabak Bernam. Jalan2 kat umah Kak Nora.

To alls, "Selamat Hari Raya Aidiladha". Jangan tensen ha? Senyum dan ketawa selalu :D

Wednesday, December 3, 2008

Makan Makan dan Makan

Lepas kawin bertambah selera aku nak makan. Badan aku bukan lah gemuk, tapi ade part2 tertentu yang diluar kawalan dan besar. Hahaha... Dan sebelum kawin aku berjaya mengurangkan sebanyak 7 kilo I tell U!!! Hebat ke tak? :) Eh.... but it's not an issue. Bila semua orang tegur aku banyak makan, aku tak rase pape. Aku tak mintak pun duit dorang kan?

Malam tadi time sembang2 ngan hubby terchenta, dia kata aku sekarang lebih banyak makan. MasyAllah! Ye ke? Erm... Jap2, semalam aku makan ape ek?

Pagi aku tapau milo ais. Biskut Jacobs yang semestinya menyehatkan badan... Lagi ape ek? Gula2. Oic, aku makan buah salak gak. Tak la banyak sangat kan? :-P

Lunch aku makan nasi ayam kampung kat Desa Selatan. Memang da satu set ngan sambal belacan + ulam2 yang semestinya menyehatkan. Kekeke.... Yang pastinya, sedap :-P Then, aku makan lunch yang aku tapau dari umah. Ye la...sian lak si Shida makan sorang2. Soa ku temanla dia g Desa Selatan... Keke....

Malam aku makan Loh Si Fan goreng.. Teringin maaaaaa... Makan kat Restorant Cina Muslim Kita @ Taman Andalas. Pastu takde makan pape da... Tapi kol 11 camtu aku makan biskut raya, kakakaka...

Yah...memang banyakkkk... Tidak! Budak opis aku memang da selalu tegur pun. Okeh la...kena makan dengan berhemat pasni. Boleh simpan duit lebih sket, kekek....

Mari berusaha mengurangkan MAKAN!!!!

Mengigau

Hahaha...aku naik nak gelak bila teringat kesah ni. Aku tak sedar tapi hubby aku yang cerita...

Kesah senin 17/11:

Zul: Yang...yayang perasan tak malam tadi yayang ngigau?
Aku: Haaaaaaaaaaaa???? Biar btol....!!!!
Zul: Betul.... Yayang cakap "7 ringgit". Hahahahahaha
Aku: Hahahahahahaha....

Sangat kelakar okeh!!! Apesal ntah aku cakap RM 7.00.....Ngape hah????

Hahahahhahahaha!!!

Kesah malam semalam...

Zul: Yayang ni nakal tau.
Aku: Ye ke? Manedeeeeeeeee
Zul: Pastu selalu ngigau....
Aku: Alah...takat 7 ringgit tuh, sampai ke la ni ngungkit... (muncungkan mulut)
Zul: Eh...bukan lah! Malam tadi yayang ngigau "ABC Lembab! Internet lembab. Slow giler!!!!"

Note: ABC adalah nama company aku yang telah diubah suai :-D

Aku: Haaaaaaaaaa???? Hahahahahahahhahahahaahhaha
Zul: Hahahahahhhahahahah

Memang gelak besar aku malam tadi. Harap lepas ni aku dapat dengan hubby ku ngigau lak! Kekekekeke

Monday, December 1, 2008

What So Good About Married

Usia perkahwinan aku baru je menjangkau 18 hari. Tapi honestly macam da lama kawin. Bangun pagi, aku sediakan breakfast. Cuba buat yang terbaik untuk hubby aku. Try gak nak bagi yang terbaik dan tersehat je untuk dia. Aku nak hidup lama dan lihat dia sehat.

Kehidupan yang boring terisi. Cuma ade sedikit malu bila apa yang kita buat dilihat seseorang. Hahaha...Aku sangat suka menyanyi + menari dalam bilik. Tapi sekarang segan. Hahaha....

Dalam bilik yang sempit tuh macam satu rumah. Yeee...aku duduk dengan mak abah. Nanti kalau hidup da stabil, baru pindah. Sekarang makin seronok duduk berdua. Bersembang pun best. Macam dunia ni kami berdua yang punya.

Kekadang, I look at u, u look at me. Kekeke...Romantik? Ntah...sebab sumer tuh akan end up dengan gelak besar. Aku rase cam kelakar sangat bila tengok muka dia yang tetibe cuba nak serius. Ohhhh...aku amat sayang dengan lelaki itu :)

Olla All!

My life after married. Mungkin bagi setengah orang tajuk tuh sangat tragik. No no no...It's not a negative issues. I love my husband alots. Blog nih public. Sesape je ble baca. Tapi tu la.... hal2 dalam perkahwinan, ade banyak rahsia yang kita tak boleh share dengan orang lain.... And one things special about this blog, aku akan cerita benda happy + susah senang aku ngan hubby aku selepas kawin. Moga orang yang membaca akan menghargai pasangan masing2...

This is my life....My life after married :)