Tuesday, July 28, 2009

Susah Ker Nak Jadi Orang Baik?

Aku bengang betul ngan bebudak Admin kat opis aku. Kekadang aku ade sedikit rase yang dorang ni takde otak. Tak fikir masa nak cakap. Lebih teruk tak fikir perasaan 'mangsa' tuh.

Yang selalu kena, L (bukan nama sebenar), tapi memang terlalu banyak kalau nak diceritakan disini. Aku lak, penah gak kena tapi aku bo-layan je. Buatpe pening kat orang2 yang tak sepatutnya ni kan?

Terbaru, dorang cakap something kat Kak C (Bukan nama sebenar). Kak C ni mengandung. Baru je 3 bulan. Bila dia inform HR (HR ni kira orang admin gak la), bole dia kata "So Fast!". Da 2 tahun da dia tak pregnant tau! Bole kena perli lagi.

Arini, admin tuh macam sebulat suara mengenakan Kak C. Dorang cakap:

Admin : Da berapa bulan Kak C?
Kak C : 3 bulan...
Seorang dari Admin : Ala... saya ni 3 bulan pun penah gugur.

See?? Nape dia cakap camtu? Kenapa??? Niat dia apa? Tak baik sangat. Cam mendoakan Kak C tuh gugur.

Susah sangat ke nak jadi baik? Susah sangat ke berpikiran positif? Kalau susah, ramai sangat manusia yang jahat kat bumi ni. Aku da tak tahan lagi... Ini lah sekumpulan manusia yang paling teruk dalam dunia. Aku belum bagitau aku pregnant lagi, kalau aku bagitau camne?

GERAM Sesangat!!!

Tuesday, July 21, 2009

Lapor...

Wah...cepat betul aku lapo skrg. Lepas makan satu, rase lapor lagi. Tapi baby macam bahagia je makan dalam perut. Mentang2 aku belum mabuk2 lagi...Huhu...

Aku belum bagitau HR aku yang aku pregnant lagi. Sebab HR aku tuh suka sgt kecoh2. Kalau kecoh yang bagus takpela...masalahnya kecoh yang tak baik. Aku takut akan menganggu emosi aku n baby nanti. Cuma head HR tuh da dapat agak kot n dia tak berani nak tanya sendiri kat aku.

Apepun aku belum lagi nak mengaku kat depan dia dan katela kalau dia tanya, aku takkan menafikannya :-) Yela...itu kan anak aku, so what?

Sunday, July 19, 2009

Thank you, ALLAH

Lately aku selalu sakit perut. Sakit macam sengugut nak period. Pulak tuh sakit tuh chori chori chupke chupke... Huhu... "Bagi salam pastu balik".

Macam biasa, mak aku la jd mangsa amik "upah" jadi tukang urut. Dan best-nya, aku membuang angin dengan bahagia lepas tuh. Kendian penyakit tuh datang balik... Nape ek?

Sabtu tuh, aku g Chow Kit untuk amik katalog kuih. Biase la....nak cari duit raya sket. Malangnya, katalog tak siap lagi... Pastu, aku lepak kat Jalan TAR lak. Ramai betul manusia....Macam semua nak shopping raya. Aku jeles lak sebab aku mayb takde baju raya lagi tahun ni :-( Hubby aku tak bagi 'green light' lagi...UWaaaa.... Sangat menyeksakan...

Lama2 jalan kat situ cam boring lak... Aku terus g Petaling Street. Kat situ pun boring gak...takde DVD baru... Dan aku balik lah... Esok nak buat makan2 untuk mak. Jumaat malam, aku and hubby da siap 100 pcs aiskrim berperisa asam boi. Dan lepas tuh tangan hubby macam melecet. Dia cakap 'cekam kuku'. Layan jek. Papepun malam Sabtu tuh nak kena siapkan 2 perisa lagi....Milo n Sirap...

Sampai kat umah, mak aku da ade kat umah. Lupa lak nak cakap yang dia rewang pagi tuh. Masa tuh perut aku makin sakit. Cepat2 aku mintak mak tolong urut. Dia kata ntah2 aku pregnant tak...PREGNANT?? Wawi...hehe...

Bangun pagi Ahad, pinggang aku sakit lagi. Aku terus amik pregnancy test n alhamdulillah...aku PREGNANT :-) Best kan? :-P

Wednesday, July 15, 2009

Risau yang biase...

Da nak puasa bulan depan. Macam biase, aku kena jual kuih raya... Penat giler! Tahun ni, aku cuba jual kuih2, kacang2, asam2 n kerepek2. Ada sedikit kerisauan sebab most supplier aku tahun lepas banyak yang tak bole jadi supplier tahun ni. Ada yang nak bersalin, ada yang sakit...banyak la...

Attailah yang kerja JKR pun malas nak naik2 tangga... Dia da pregnant, tengah mabuk2 la tuh... Pulak Kak Limah da sebuk2 suruh aku jualkan kek2 dia. Sian lak... kek2 dia pun sedap, cuma takut tahun ni org target kacang2 n asam2.

So semalam aku tebalkan muka sms kawan2 aku. Aku sebenarnya segan nak mintak dorang jualkan utk aku sebab macam menyusahkan dorang. Tapi nak taknak, aku kenala pasang "kaki", ye tak? Lagipun bukan sepanjang tahun pun! Huhu...

Dan Abg Dol, Nah, Ewa, Hafsah da setuju nak jualkan. Yang bagusnya takyah kuar modal melainkan air liur nak promosi tuh... Faedz da suruh aku letak kat kedai dia... A bit lega la... Hubby aku lak nak tumpu pada jualan asam n kacang2. Harap tahun ni berjaya lah! Doakan aku ye??

Tuesday, July 14, 2009

Sabar nih!

Sejak kebelakangan ni, banyak betul benda yang buat aku tensen!
Bengang btol!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 7, 2009

Tengoklah nanti....!

Aku bengang btol ngan Division Manager aku nih. Selalu buat kenyataan untuk menjatuhkan moral orang. Kalau marah, menjerit macam orang tuh pekak. Tapi aku tak penah la kena marah sampai tahap camtu lagi.



Masa memula aku masuk dulu, dia asek persoalkan keje aku kat HR. Siap ble kata betul ke aku ni bagus??? Aku perasan memula tuh pun dia tak suka aku, tapi aku buat bodo jela...



Pastu lama2 bila aku tayang skill aku, dia cam da ok la ngan aku.



Pagi tadi dia dtg tempat aku marah2. Dia cakap aku lupa nak allocate cost g branch kat Penang. Memang nak rush masa buat invoice tuh. Dan-dan lak time tuh closing...menyirap la aku... semua benda nak cepat. Tengok2 aku lupa nak allocate. GM bising2 kat dia dan dia marah aku tadi. Nak tau dia cakap ape?



"Benda kecik pun tak bole buat. Bos tengok pun rase camtu. Camne nak confirm? Nak naik gaji???"


Aik.... dia ingat aku heran sgt ke duit dia? Naik gaji konon...Berapa? Takat 2-3 ratus tak main la...Company lain bole offer rm 600.00 extra dari gaji sekarang... Ntah pape. Benda kecik tuh la yang dia nampak. Abes yang aku settle duit juta2 tuh takde plak dia pikir...Yang tuh taknak lak nak kira....


Tengok lah nanti...Ingat aku heran ke nak keje ngan dia? Da la aku super-user banyak sistem dalam company ni. Aku akan pastikan dia akan berputih mata pasni...huh! Stupppsssssssssss!

Monday, July 6, 2009

Bad Day for my Mom

Hye...

Semalam aku MC Malas...haha... bole ke? Memang aku sakit. Badan aku sakit2 sebab da 2 hari berjalan tanpa henti :-P Sabtu, aku g umah akak ipar aku kat Sabak Bernam. Anak sedara aku cukur jambul. Aku da plan nak g since dia jemput 2 weeks ago. Mak aku lak beria-ia nak g. Abah aku memang susah nak diajak berjalan, tetibe dia nak ikut lak.

Kitaorang bertolak pukul 4 petang. Majlis mula lepas maghrib katanya. Mak aku ajak singgah sembahyang kat Kapar. Surau tuh terletak bertentangan dengan KFC.

Masa amek wudhu', mak letak handbag dia kat belakang dia. Betul2 tak jauh. Kira dua tapak jela. Aku lak, letak handbag aku kat paip sebelah aku. Masa aku basuh kaki, aku nampak mak aku cam panik. Cepat2 aku sarung tudung dan lari kearah mak aku. Ya Allah...handbag mak aku ilang!!!! Aku terus panggil Zul (my hubby) dan sama2 cari keliling surau.

Tak jumpa!!! Da la tudung mak kena angkut sekali. Muka mak aku da merah sangat. Muka takut! Aku suruh mak bagi tau abah. dia cuma cakap:-

"Mak takut abah marah mak...dalam tuh banyak barang dia"

Huhu...sedih tau! Aku terus g kedai baju sebelah KFC n beli tudung mak. Waktu kecemasan ni, beli ape yang ade jelah!

Kitaorang g balai polis nak buat report. Abah bising2 kat mak. Sian mak.... Abah aku tuh bole tahan gak berleternya...Huhu...

Sesampai kat balai polis, baru aku tau banyak gak barang + duit yang ilang iaitu :-

1. Duit cash sebanyak RM 2500.00

2. Duit syiling dalam RM 50.00

3. Duit RM 200.00 untuk duit raya budak2.

4. IC mak n abah

5. Buku bank abah + kad ATM + no pin

6. Lesen abah

7. Telekung + Stokin + Seluar dalam mak.

Sempat aku block kad abah pastu. Sedih gak. Kenapa la kat masjid ada pencuri camtu.

Aku doakan dia pulangkan barang2 mak aku....Kalau tak...siaplah kau!