Monday, August 10, 2009

UPM...I miss you!

Semalam, aku beli Berita Harian. Ada 4 muka surat tentang UPM n sekitar konvokesyen baru-baru ni.

Oh...what can I say? I really miss UPM...kenapa? Sebenarnya aku tak rindu orang-orang tertentu atau memori-memori yang tak sepatutnya... Si "D" tuh? Huh...da lama aku lupakan dia. Susah... Tapi sebenarnya lbh senang lupakan orang yang tak menghargai kita.

Paling aku ingat, masa mula2 aku masuk Kolej 14, ada sorang bro tuh...Hensem giler. Nampak karisma dia... Ingat lagi dia pakai baju kemeja dark blue aritu. Dengan pegang mikrophone, dia suruh kitaorang berbaris untuk daftar. Aku masih ingat baju yang aku pakai. Kebarung merah dan putih...memang aku agak kekampungan masa tuh :-P Masa tuh yang anta mak, abg ann n famili. Bila aku tau bilik aku kat tingkat 5, memang semput naik atas. Lama2 biase dah.

Manisnya, aku suka berebut bas. Aku pakar aim tang mana pintu bas nak berenti. Confirm berenti depan aku. Tak penah miss target lah! Haha... Cuma kekadang aku ada mood nak jalan. Penah aku jalan kaki dari Kolej 14 sampai Seri Serdang sorang2! Dulu memang aku tahan lasak n kuat bersabar...hehe...penah kena ujan...Well, aku sampai sekarang tak suka berpayung. Dan heran, aku tak penah pulak demam waktu dulu. Maybe hormon seimbang masa tuh kot :-P haha...

Makanan paling sedap masa semester 1-4, kat belakang pusat komputer. Paling aku suka makan, nasi ayam. Ayam dia da la garing... manis, masam, masin memang cukup rasa lah! Murah lak tuh. Harga paling tinggi penah dorang mark up pun RM 2.80. Bila naik sem 5, dorang tutup. Memang sedey giler :-( Sebab aku memang suka makan kat situ. Kalau petang, mostly aku order kat Cafe Kolej 14. Aku suka Nasi Air...Nasi yang dimakan ngan sup, ade ikan bilis, lobak asin, cili n few benda lain sebagai pelengkap rase. Sedap hingga menjilat jari... Sekarang aku cerita pun da terliur sket. Hehe....

Lagi tempat yang aku suka makan dekat tepi Kolej 14. Jalan kaki dalam 10 minit je. MTDC kalau tak silap nama dia. Kalau aku g sana, aku akan g cuma Hari Khamis sebab Hari Khamis dorang masak sup cendawan. Ambik banyak pun baru RM 4. Kira murah lagi lah tuh. Air aku selalu bawak sendiri dalam botol air mineral tuh. Jadi aku tak penah risau pasal air. Hehe...

Kekadang, aku akan makan ngan Tengku Faedzah. My best fren ever! Kitaorang suka tapau kat KTDI. Lauk kat situ memang banyak... So kalau g sana pun aku akan ambik lauk yang banyak. Tapau pastu makan kat Kolej ke-6, bilik Tengku Faedzah. Kalau kelas lambat, siap bole tido lagi kat bilik dia. Bilik dia sejuk, tak macam bilik aku yang panas. Da la tingkat paling tinggi, takde pokok keliling lak tuh...malam pun jarang rase sejuk.

The good thing is, aku bukan kaki lepak kat library. Aku bukan gak orang giler study. Tapi aku solute diri sendiri yang mampu survive lepas aku hampir GB. Yes, gagal diberhentikan. Aku survive walau masa tuh da nyawa2 ikan. Silap aku gak. Aku ambik subjek susah sebab nak abis awal. Last2 aku kena extend satu lagi sem gak....

Yang lain, memang takde banyak untuk diceritakan. Bercinta kat kampus memang adalah satu kerugian sbb tak kemana pun. Apepun, aku pun da buat yang terbaik pada masa tuh. Paling aku rindu, hehe...kereta kancil putih kepunyaan senior yang pakai baju blue black tuh :-P Sangat rindu sampai sekarang. Hehe...

Yeah...semoga berbahagia semua hendak nya :-P keke

No comments: