Semalam aku MC Malas...haha... bole ke? Memang aku sakit. Badan aku sakit2 sebab da 2 hari berjalan tanpa henti :-P Sabtu, aku g umah akak ipar aku kat Sabak Bernam. Anak sedara aku cukur jambul. Aku da plan nak g since dia jemput 2 weeks ago. Mak aku lak beria-ia nak g. Abah aku memang susah nak diajak berjalan, tetibe dia nak ikut lak.
Kitaorang bertolak pukul 4 petang. Majlis mula lepas maghrib katanya. Mak aku ajak singgah sembahyang kat Kapar. Surau tuh terletak bertentangan dengan KFC.
Masa amek wudhu', mak letak handbag dia kat belakang dia. Betul2 tak jauh. Kira dua tapak jela. Aku lak, letak handbag aku kat paip sebelah aku. Masa aku basuh kaki, aku nampak mak aku cam panik. Cepat2 aku sarung tudung dan lari kearah mak aku. Ya Allah...handbag mak aku ilang!!!! Aku terus panggil Zul (my hubby) dan sama2 cari keliling surau.
Tak jumpa!!! Da la tudung mak kena angkut sekali. Muka mak aku da merah sangat. Muka takut! Aku suruh mak bagi tau abah. dia cuma cakap:-
"Mak takut abah marah mak...dalam tuh banyak barang dia"
Huhu...sedih tau! Aku terus g kedai baju sebelah KFC n beli tudung mak. Waktu kecemasan ni, beli ape yang ade jelah!
Kitaorang g balai polis nak buat report. Abah bising2 kat mak. Sian mak.... Abah aku tuh bole tahan gak berleternya...Huhu...
Sesampai kat balai polis, baru aku tau banyak gak barang + duit yang ilang iaitu :-
1. Duit cash sebanyak RM 2500.00
2. Duit syiling dalam RM 50.00
3. Duit RM 200.00 untuk duit raya budak2.
4. IC mak n abah
5. Buku bank abah + kad ATM + no pin
6. Lesen abah
7. Telekung + Stokin + Seluar dalam mak.
Sempat aku block kad abah pastu. Sedih gak. Kenapa la kat masjid ada pencuri camtu.
Aku doakan dia pulangkan barang2 mak aku....Kalau tak...siaplah kau!
No comments:
Post a Comment