Monday, December 8, 2008

Majlis Gedangsa dated 6/12/2008

Jumaat - 5/12/2008

Perjalanan ke Melawati membuat aku mengantuk. Dengan jammed sepanjang jalan + cuaca mendung dan hujan + bateri hp yang kong...Argh...sangat busan. Alhamdulillah aku sampai ke Melawati da dekat kol 3. Rumah yang aku g tuh sangat besar. Banglo 2 tingkat dan ada laman yang luas. Aku bagi salam dan dengar suara budak kecik menjawab didalam. Sorang perempuan anggaran umur 40-an menyambut dan menjemput aku masuk. Best betul aku tengok umah tuh. Sangat kemas...

Budak kecik tuh namanya Amirul. Dan sangat cute. But he not that friendly dengan aku. Mayb segan kot. Hehehe...Sambil nyusun telur pindang atas meja, aku sembang2 ngan akak tuh. Well, namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.

Akak tu: Siapa yang kawin ni?
Aku: Saya la yang kawin...
Akak tu: Muda2 lagi da kawin?
Aku: Saya ni da 26 da kak, mana mungkin muda. Hehe...
Akak tu: Laaaa.. ye ke? Ingat 20 tahun.
Aku: Hehehe...

Tak lama tuh, suami dia turun. Nampak gayanya cam nak keluar. Dia bawak anak + budak nama Amirul tuh kuar. Then ade sorang lelaki nampak cam 23-24 tahun turun. Dia tanya:

Budak tu: Mak, ni nak tolong angkat ke? (tunjuk kat telur pindang tuh)
Akak tu: Takpe... ni dia da amik sendiri.
Budak tu: Ok... Amirul mana?
Akak tu: Ikut abah kuar.

Budak tuh terus kuar. Akak tuh bisik ngan aku yang itu bapak Amirul. Cam heran. Pastu dia kata la. Budak tuh umur sebaya aku. Serius aku ingat dia muda sebab memang muda ok??? Kawin muda. Tapi da cerai. Erm...as always la kan? Tak cukup enjoy la tuh. Another story of other's life.

Lepas bayar, aku pun balik umah. Jalan masih jammed. Sampai umah dalam kol 5.30pm. Aku cepat2 mandi n settlekan bunga telur. Malam ni nak gosok baju n kemas2 plak. Zul tak dapat balik awal sebab tak pasang lagi sign board kat area umah dia. Ujan kat sana. Takpela pun.

Zul balik dalam pukul 8pm. Sian gak tengok dia. Malam tuh kitaorang tido awal. Kunci jam kol 4.30am. Nak gerak g Kajang pukul 5.30am.


Sabtu - 6/12/2008

Bangun kol 4.30am. Siap2 dan terus g Kajang. Aku nak makeup ngan makeup artist Finas. Finas ni sangat helpful tau. Dia bangun seawal kol 6am nak bagi kitaorang direction. BTW, Zul pun selalu g Kajang, tak susah sangat nak cari umah dia. Settle makeup dalam 8.30am. Balik umah dan bertolak dengan 2 kereta yang lain. Sampai Rawang tunggu Napie + Kak Nya. 5 kereta semuanya. Cuaca tak cantik sangat + mendung. Sangat risau sebab aku nak shoot tercantik utk Napie. Hehe...

Majlis Gedangsa agak kelam kabut. Plus makcik2 yang tak puas ati sebab kitaorang "kononnya" datang lambat, malas nak komen pape.

Aku + Zul terus keluar amik gambar. Cuma bagitau kat mak mertua aku je. Kalau bagitau semua mau kecoh majlis tuh. Shoot pun boleh tahan cantik cuma cuaca tak cantik. Last shoot sangat tragic sebab amik dengan air ujan da start menitik ke muka. Hehe... Nanti la aku upload bagi korang tengok... Tungguuuuuuuuuuuuuu

Balik dari majlis tuh, ada gak yang kenen2. Tapi Zul da pesan buat donno je. Keke... Lepas2 kemas2 + cuci2 pinggan, kitaorang tido dengan jayanya :)

2 comments:

Khalisa Ridzuan said...

deja,u dh kawin?gosh tatau la...congrats!! ;)

AfterMarried said...

Thanks... sori tak jemput... Da lama tak online ok?